Monday, 7 July 2014

DIY - menukar minyak enjin kereta

Minyak engin atau minyak pelincir kereta harus diganti setiap 5000km jika anda menggunakan minyak pelincir biasa. Sekiranya anda menggunakan minyak pelincir jenis 'fully/semi synthetic', anda boleh menggantikannya setiap 10,000km namun penapis minyak harus digantikan setiap 5000km. 

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan serta langkah-langkah yang harus di lakukan jika berhajat menukar minyak pelincir sendiri untuk kereta Perodua Kelisa.

Spanar
Potong botol minyak yang lama untuk mengisi minyak hitam. :)
Pastikan gred minyak ialah 10W30 atau 5W30 atau 10W30
Penapis minyak (oil filter)

Skrew ini terletak di bawah kereta, buka dengan spanar

Sementara menunggu minyak lama dikeluarkan, gantikan penapis minyak
Buka juga penutup ini supaya minyak lama senang mengalir keluar.
Setelah skrew di bawah kereta diketatkan, isi minyak pelincir yang baru
Periksa penanda aras minyak pelincir, isi sehingga ke tahap "F"
Ramai mengadu susah membuka skrew di bawah enjin sebab tak dapat masuk ke bawah kereta. Untuk makluman, saya cuma alaskan lantai dengan surat khabar dan masukkan tangan ke bawah kereta untuk membuka skrew tersebut. Pastikan juga anda menggunakan spanar jenis cincin untuk mengelakkan kerosakan pada skrew tersebut.

Periksa semula penanda aras minyak pelincir selepas anda menghidupkan enjin kereta selama kira-kira seminit. Ini untuk mengelakkan kekurangan minyak pelincir selepas mengalir masuk ke penapis minyak ketika enjin dihidupkan.

Selamat mencuba.



Sumber






No comments:

Post a Comment