Sunday, 15 June 2014

Masalah kebocoran minyak enjin pada valve/Rocker cover - Perodua Kenari/Kelisa

Khas untuk peminat-peminat DIY AAS Penang membawakan segmen DIY untuk menambah ilmu pengetahuan.Walaupun AAS Penang juga menjalankan kerja2 sebegini membaik pulih kenderaan tapi AAS percaya yang ilmu DIY ini dapat lebih membantu pemahaman pemilik kenderaan tentang apa yang bengkel2 kereta buat bila sesuatu masalah terjadi kepada mesin/enjin/kereta kesayangan anda.

Masalah kebocoran minyak enjin pada 'valve cover' atau 'rocker cover' atau pun juga dikenali sebagai 'crankcase' kereta perodua kenari/kelisa akan berlaku pada bila-bila masa dan ianya mudah dikenali iaitu bila terdapat minyak enjin pada bahagian luaran 'valve cover'. Jika kebocoran bertambah serius, minyak enjin akan masuk ke bahagian palam pencucuh dan dari masa ke semasa minyak enjin akan berkurangan dan perlu ditambah.
Sekiranya kebocoran sebegini dibiarkan ia akan menyebabkan masalah kelancaran enjin kereta akibat daripada minyak enjin yang melimpah masuk ke bahagian palam pencucuh yang boleh menyebabkan 'misfire'.
Untuk membaiki masalah sedemikian, alat ganti yang diperlukan ialah seperti berikut:-

  1. valve cover gasket
  2. valve cover seal
  3. plug seal
Alat ganti - valve cover gasket & seal + plug seal
1. tanggalkan bahagian yang berkaitan sehingga 'valve cover' dikeluarkan dari bahagian atas enjin. Cuma 6 biji skru sahaja pada bahagian 'valve cover'.
'valve cover seal' di tengah telah dikeluarkan
2. Tanggalkan 'valve cover seal' dan bersihkan dengan petrol. Lap kering bahagian yang telah dicuci sebelum 'valve cover seal' yang baru di pasang semula. Pastikan 'valve cover seal' tidak terkena minyak petrol.
Begini lah rupanya setelah 'valve cover' telah dibuka


palam pencucuh yang diselaputi minyak enjin akibat dari kebocoran...


'valve cover seal' telah diganti dengan yang baru
3. Sapukan sedikit 'gasket maker' pada kedua-dua belah 'valve cover gasket' dan enjin agar 100% tiada kebocoran. Pasang kembali apa yang telah dibuka sebelumnya dan jangan lupa hidupkan enjin serta periksa kebocoran (jika ada) pada mana-mana bahagian yang berkenaan.
4. Sekiranya anda dapati 'throttle body' pada bahagian 'fuel injection' juga kotor akibat kebocoran sebelumnya, bersihkan juga 'throttle body' tersebut. Cara untuk membersihkannya boleh di baca di sini.
Siap - bersih macam baru





Sumber

No comments:

Post a Comment