Thursday, 26 June 2014

Kenal Pasti Kerosakan Absorber Kereta Anda

Sebelum anda ingin membuat sebarang penukaran Sistem Suspensi kereta anda, anda adalah dinasihatkan membaca artikel di bawah ini sebagai panduan yang berguna bagi mendapatkan Suspension System yang terbaik untuk kereta anda.
proton waja suspension
Pelbagai rupa bentuk jalan raya yang terdapat di negara kita ini. Ada yang diturap tar seperti di PLUS Highway, Federal Highway dan jalan kampung. Begitu juga jalan tanah merah seperti di kawasan pendalaman dan ada yang lebih teruk lagi jalan yang berlopak dan berlubang-lubang. Keadaan permukaan jalan boleh memberi kesan kepada sistem suspensi kereta kita.
Antaranya, kesan kepada prestasi sistem suspensi pada kereta, ia akan mengeluarkan bunyi yang kurang enak ketika memandu apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata. Situasi ini pasti menimbulkan kegelisahan sekiranya secara tiba-tiba kereta rosak di pertengahan jalan.
Keseluruhan sistem suspensi tidak hanya tertumpu pada Shock Absorber semata-mata. Terdapat bahagian lain juga berkait rapat jika berlaku sebarang kegagalan fungsi di situ. Antara komponen sokongan yang saling berkaitan dengan bahagian ini ialah termasuk :-
  1. Absorber Top Mounting
  2. Absorber Top Mounting Plate
  3. Pelapik getah bahagian atas dan bawah spring
  4. Stabilizer Link
  5. Getah pada Stabilizer Bar
Dengan hanya menukarkan Shock Absorber apabila bunyi mula kedengaran ketika kereta dipandu, masih tidak mencukupi. Pemeriksaan terhadap komponen sokongan juga dianggap penting untuk memastikan ia tidak rosak atau haus. Komponen-komponen terbabit berkemungkinan turut mengalami kegagalan fungsinya disebabkan sistem suspensi yang gagal menyerap bunyi dan gegaran.
Sekiranya anda hendak membuat penggantian terlalu banyak komponen di dalam sistem berkenaan, anda dinasihati supaya menukar keseluruhan bahagian sistem suspensi yang dikenali sebagai Shock Absorber bagi mengelakkan pembaziran masa, kerosakan yang berterusan, dakwaan kerosakan palsu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab kerana mementingkan wang dan lain-lain.
Walaupun kos untuk menukar keseluruhan suspensi agak mahal, namun ia adalah murah jika menukarnya satu persatu. Oleh yang demikian, anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan apabila membuat pembaikan membabitkan komponen dan peralatan pada kereta supaya memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

No comments:

Post a Comment