Monday, 30 June 2014

Analisis Spark Plug anda

Spark Plug atau palam pencucuh dalam Bahasa Malaysia adalah pencucuh yang bertanggungjawab mencetuskan letupan dalam kebuk pembakaran anda. Jadi ianya terletak diantara luar enjin dan di dalam kebuk pembakaran. Jadi cuma Spark plug sahaja tahu apa yang berlaku dalam kebuk pembakaran anda!

Apa saja yang terjadi adalah jawapan atau penerangan kepada kondisi enjin dan kebuk pembakaran anda.

1. Berkeadaan Normal
Palam pencucuh ini beroperasi dalam keadaan normal di dalam suhu enjin yang baik dan enjin yang sihat. Dalam keadaan yang normal, palam pencucuh kelihatan sedikit perang atau kelabu akibat panas. Jika anda menggunakan NGV, ia akan kelihatan lebih perang dari palam pencucuh yang menggunakan petrol.


2. Palam basah dan berminyak
Yang melekat itu adalah minyak enjin atau minyak hitam. Ini menunjukkan terdapat kebocoran samada di valve stem atau di kebocoran head gasket yang membenarkan minyak enjin melalui masuk ke kebuk pembakaran. Piston ring yang sudah kehausan juga merupakan punca minyak enjin boleh masuk ke kebuk pembakaran. Jika ia bocor pada valve stem atau head gasket, sudah sampai masa anda melakukan "top overhaul" iaitu overhaul cylinder head. Jika ia berpunca dari piston ring, Sudah sampai masa anda melakukan general overhaul atau overhaul keseluruhan.


3. Diliputi karbon
Jika palam pencucuh anda kelihatan hitam berdaki dan pepejal hitam berkenaan agak lembut dan boleh dicungkil, ianya adalah karbon. Jika hanya satu atau dua dari kesemua palam pencucuh anda yang diliputi karbon, sila periksa sebarang valve atau injap yang tersangkut, atau distributor cap yang bocor atau kabel spark plug yang bocor. Jika kesemua palam pencucuh anda diliputi karbon adalah berkemungkinan anda telah memasangkan palam pencucuh dengan julat haba yang salah. Ia menunjukkan campuran udara dan petrol yang terlalu pekat di mana nisbah petrol lebih banyak kemungkinan kerana ada halangan udara untuk masuk ke kebuk pembakaran atau injektor yang bermasalah. Juga sila lakukan 'compression test' untuk melihat jika enjin anda kurang mampatannya.


4. Lusuh
Bukan macam lusuh baju tu, dah terlalu lama dipakai hingga sampai ke hayatnya. Kelihatan macam dah buruk sangat dan macam dah dibakar terlalu lama. Palam pencucuh ni tak mampu lagi menghasilkan api yang sekuat dulu dan mungkin mengganggu prestasi enjin anda dan membuatkan penggunaan petrol lebih tinggi.


5. Berpenebat berkaca (tak berpenebat)
Keadaan ini boleh menyebabkan missfiring ketika rev tinggi. Bahagian berkilat menunjukkan suhu tiba-tiba berubah menjadi tinggi ketika pecutan yang agak kuat. Dan keputusannya, deposit metalik tak sempat dipecahkan lalu cair dan melekat menjadi lapisan konduktor yang menyebabkan missfire. Kekuningan dan warna perang terbakar menunjukkan petrol yang bercampur lead.


6. Kerosakan mekanikal
Biasanya terjadi apabila ada bendasing dalam kebuk pembakaran anda. Wap air yang masuk ke dalam juga mampu membuatkan kerosakan sebegini kerana cecair tak boleh dimampatkan. Periksa juga pada silinder lain kerana bendasing tersebut boleh berpindah ke silinder lain akibat valve overlap.


7. Terlalu panas
Deposit seperti serbuk berwarna putih kelihatan dan boleh dicungkil menjadi habuk. Jarak elektrod juga melebihi jangkaan normal yang sepatutnya. Ini biasanya terjadi akibat ignition timing yang terlalu advance atau terlalu cepat sebelum TDC. atau sistem radiator yang bermasalah atau campuran udara dan petrol yang terlalu nipis di mana petrol sangat kurang. Atau mungkin anda menggunakan spark plug jenis terlalu panas.



8. Percikan kasar!
Berlaku apabila deposit terlalu lama terkumpul akubat missfiring atau beroperasi dengan kurang tenaga. Apabila palam pencucuh baru dipasang dan suhu kebuk kembali normal, sewaktu rev yang agak tinggi deposit yang melekat pada piston tercampak pada penebat palam pencucuh.


9. Serbuk terkumpul
Terjadi akibat pembakaran additive minyak atau additive petrol yang tak sesuai. Serbuk ini bersifat penebat dan mungkin akan menyebabkan misfiring


10. Jurang dirapatkan
Jarang terjadi dalam enjin, dan penyebabnya adalah seperti percikan kasar cuma kali ni deposit tu melekat pada jurang antara elektrod. Menyebabkan misfiring atau api yang sangat kecil.


11. Pra percikan
Jika diperhatikan, elektrod atas telah cair dan kemudian diikuti di bahagian tengah. Selalunya terjadi akibat beberapa masalah enjin yang mengakibatkan pra percikan. Atau mungkin akibat deposit dalam enjin yang menyala kerana terlalu panas atau kegagalan pengawalan suhu enjin atau palam pencucuh jenis yang terlalu panas untuk enjin berkenaan.


12. Letupan
Kejadian ini telah mematahkan muncung penebat. Ia terjadi akubat tekanan yang terlalu ekstrim pada komponen dalaman enjin. Ia terjadi akibat masalah pergerakan valve, campuran udara dan petrol terlalu nipis, ignition timing terlalu awal, atau RON petrol yang terlalu rendah.



Sumber

Thursday, 26 June 2014

Kenal Pasti Kerosakan Absorber Kereta Anda

Sebelum anda ingin membuat sebarang penukaran Sistem Suspensi kereta anda, anda adalah dinasihatkan membaca artikel di bawah ini sebagai panduan yang berguna bagi mendapatkan Suspension System yang terbaik untuk kereta anda.
proton waja suspension
Pelbagai rupa bentuk jalan raya yang terdapat di negara kita ini. Ada yang diturap tar seperti di PLUS Highway, Federal Highway dan jalan kampung. Begitu juga jalan tanah merah seperti di kawasan pendalaman dan ada yang lebih teruk lagi jalan yang berlopak dan berlubang-lubang. Keadaan permukaan jalan boleh memberi kesan kepada sistem suspensi kereta kita.
Antaranya, kesan kepada prestasi sistem suspensi pada kereta, ia akan mengeluarkan bunyi yang kurang enak ketika memandu apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata. Situasi ini pasti menimbulkan kegelisahan sekiranya secara tiba-tiba kereta rosak di pertengahan jalan.
Keseluruhan sistem suspensi tidak hanya tertumpu pada Shock Absorber semata-mata. Terdapat bahagian lain juga berkait rapat jika berlaku sebarang kegagalan fungsi di situ. Antara komponen sokongan yang saling berkaitan dengan bahagian ini ialah termasuk :-
  1. Absorber Top Mounting
  2. Absorber Top Mounting Plate
  3. Pelapik getah bahagian atas dan bawah spring
  4. Stabilizer Link
  5. Getah pada Stabilizer Bar
Dengan hanya menukarkan Shock Absorber apabila bunyi mula kedengaran ketika kereta dipandu, masih tidak mencukupi. Pemeriksaan terhadap komponen sokongan juga dianggap penting untuk memastikan ia tidak rosak atau haus. Komponen-komponen terbabit berkemungkinan turut mengalami kegagalan fungsinya disebabkan sistem suspensi yang gagal menyerap bunyi dan gegaran.
Sekiranya anda hendak membuat penggantian terlalu banyak komponen di dalam sistem berkenaan, anda dinasihati supaya menukar keseluruhan bahagian sistem suspensi yang dikenali sebagai Shock Absorber bagi mengelakkan pembaziran masa, kerosakan yang berterusan, dakwaan kerosakan palsu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab kerana mementingkan wang dan lain-lain.
Walaupun kos untuk menukar keseluruhan suspensi agak mahal, namun ia adalah murah jika menukarnya satu persatu. Oleh yang demikian, anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan apabila membuat pembaikan membabitkan komponen dan peralatan pada kereta supaya memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Monday, 23 June 2014

Pemasangan Dashboard L5 , doortrim dan stering Mira L2

 Kereta Encik Zaki dari bandar Perda,kereta siap sepenuhnya dengan pemasangan dashboard L5 hitam,doortrim L2 dan stering L2.Tq bro mai support AAS Penang






P/s : Maafkan kualiti gambar kurang memuaskan

Thursday, 19 June 2014

Update Meja Berlapik

Meja dalam opis pun dah bersih.Hehe




Target kedua nak refurbished kerusi dalam ofis pulak


Tuesday, 17 June 2014

Mengecat hari kedua

Pejabat AAS Penang pun dh bertambah ranggi dengan cat baru yang bertemakan pulau pinang (Biru kuning)..Alhamdulillah.Semua proses penambahbaikan ini akan berterusan dengan sokongan sahabat2 AAS Penang sekalian.




Monday, 16 June 2014

Proses Mengecat AAS Penang

Disamping proses menyusun semula stok AAS Penang telah mengambil inisiatif untuk memperkemas bahagian luaran dengan bantuan staff tetap AAS Penang dan 2 orang pelajar praktikal dari UTM Johor yang baru memulakan tugasan praktikal mereka hari ni.Terima Kasih.
(ESOK ADA KERJA MENGECAT LAGI.Hehe)





Sunday, 15 June 2014

Masalah kebocoran minyak enjin pada valve/Rocker cover - Perodua Kenari/Kelisa

Khas untuk peminat-peminat DIY AAS Penang membawakan segmen DIY untuk menambah ilmu pengetahuan.Walaupun AAS Penang juga menjalankan kerja2 sebegini membaik pulih kenderaan tapi AAS percaya yang ilmu DIY ini dapat lebih membantu pemahaman pemilik kenderaan tentang apa yang bengkel2 kereta buat bila sesuatu masalah terjadi kepada mesin/enjin/kereta kesayangan anda.

Sunday, 8 June 2014

Perkhidmatan Pemasangan Timing Belt VIVA,MYVI









AAS Penang menyediakan perkhidmatan menukar timing belt original Daihatsu 100,000km pada harga istimewa serendah RM250 sekali pemasangan.Elakkan dari terpaksa membayar harga tinggi kerana timing belt anda putus.Hubungi 0174039546-AM untuk temujanji pemasangan timing belt anda hari ini.

Wednesday, 4 June 2014

Mercedes convert 1jz



Bukan AAS Penang yang convert enjin ni.Pomen budak2 tak pandai lagi convert sampai macam ni.AAS Penang cuma menjalankan kerja2 mencari fius yang bermasalah dan hidupkan kereta. Owner bagitau kereta dah tak jalan lebih setahun.

Wira 1.5 - Fan Problem




Monday, 2 June 2014

Lori dan brake pad










Sampai ke malam nak setting brake.Alhamdulillah dapat jugak.Maklumlah pomen kampung baru nak belajaq.Sekian